Pages

Monday, August 16, 2010

42.DIRI SEBENAR DIRI

Diri ini di kenali sebagai Insan atau Ruhul Hayat, sebenarnya diri sebenar diri ini istilahnya sangat banyak ia terpulang kepada individu bagaimana pengetahuan ini di pelajari oleh peminatnya, walau bagaimanapun istilah yang paling mirip mengikut al quran perlu di utamakan kerana tiada keraguan orang ramai untuk menerima ilmu ini, bagi pengarang saya lebih mirip kepada 3 istilah diri sebenar diri iaitu Insan, Ruhul Hayat dan juga Nur Muhammad, sekalipun ianya saya utarakan 3 nama akan tetapi ia tetaplah satu

Insan ini di sebut oleh Allah di dalam al quran sebagai لقد خلقنا الأنسن فى احسن تقويم (Sesungguhnya Kami telah jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian) At-Tin 4, mungkin Insan yang di fahami oleh orang awam berbeza dengan orang khusus, orang awam memahami Insan itu sebagai manusia pada maksud keseluruhannya akan tetapi mengikut fahaman orang khusus Insan itu adalah Diri batin yang mengawal seluruh istilah diri


Diri ini di kira sangat seni dan tidak menanggung dosa kerana diri ini tidak di sertai sesuatu yang mencemarkan martabatnya dari sempurna dan diri inilah yang di maksudkan من عرف نفسه فقد عرف ربه (Barang siapa yang mengenal dirinya maka ia mengenal Tuhannya) diri ini juga yang bertaraf Sirullah atau rahsia Allah kerana kesempurnaannya di kaitkan untuk tangga mengenal Allah yang menjadikan seluruh alam dan keadaannya tidak menyerupa apa jugapun
Mungkin ada di antara kita yang keliru tentang Insan yang tidak menyerupai apa jugapun seolah-olah sama dengan keadan Tuhan iaitu LAISA KAMISLI SYAI UN namun di sini kita perlu terangkan supaya orang yang membaca kitab ini tidak tersesat dengan mengemukakan hujah al quran yang di petik dari surah An Nahl ayat 17 افمن يخلق كمن لايخلق أفلا تذكرون ( Kalau sudah begitu adakah Allah yang menciptakan (Zat yang menjadikan) semua itu sama seperti makhluk (zat yang tidak menjadikan) yang tidak menciptak sesuatu? Maka patutkah kamu lalai kerana tidak mahu memikirkannya ? )


Ayat An Nahl 17 di atas menerangkan bahawa di antara Zat Allah dan Zat manusia adalah tidak sama kerana Zat Allah ada sifat keagunganNya (sifat Salbiyah) yang tidak ada permulaan dan akhirnya sementara zat Manusia ada awal kejadiannya, ini bererti ianya makhluk yang bertaraf zat yang di jadikan oleh Allah dan manusia perlu melihat ke dalam diri mereka sendiri, kerana itu Allah suruh manusia berfikir "Dan di dalam diri kamu itu tidakkah kamu perhatikan ?
Sesungguhnya Insan ini anasirnya daripada nafas, nufus, ampas dan juga tanafas dan ialah yang menjadi rahsia kepada mengenal ujudnya Zat Allah sebab itu di katakan Al Insani sirri wa ana sirrohu dan diri inilah yang di sebut oleh Allah di dalam Al quransebagai وهو معكم أينما كنتم (Dan Dia beserta kamu di mana saja kamu berada) Al-Hadid 4 dan banyak lagi ayat yang menyatakan bahawa Dia adalah beserta manusia dan juga hampir di antaranya ayat Al Baqarah 186, Surah Qaaf 16


MENGAPA DIA DI SEBUT SEBAGAI DIRI SEBENAR DIRI ?

Diri ini di sebut oleh jumhur Ulama semasa mereka berada di alam Roh adalah sebagai diri yang menjadi wakil kepada sekalian Roh-roh (roh,nafsu dan akal) bagi menjawab pertanyaan Allah sebagaimana yang terdapat di dalam al quran pada surah Al A'araf ayat 172

ألست بربكم قالوا بلى شهدنا أن تقولوا يوم القيمة أنا كنا عن هذا غفلين


Maksudnya: Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Mereka semua menjawab "Benar Engkau adalah Tuhan kami dan kami menjadi sksi" yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak, sesungguhnya Kami adalah lalai (tentang hakikat Tauhid ini)

Ayat di atas menunjukkan janji diri sebenar diri itu kepada Tuhan yang mereka mahu berTuhankan kepda penciptanya iaitu Allah dengan berkata kami menyaksikan, ertinya menaik saksi bahawa tiada tuhan yang wajib di sembah melainkan Allah iaitu La Illaha Illallah ( لا اله الا الله ) yang mana kalimah tersebut sebagai pengakuan diri sebenar diri itu mahu menjadi hamba yang soleh kerana mahu mengamalkan semua cara hidup berasaskan Lillhi Ta'ala ( لا اله الا الله )

Mengikut pandangan yang lain ada juga yang mengatakan bahawa yang mewakili sekalian roh tersebut adalah Nur Muhammad dan ada juga yang mengatakan Hakikatul Muhammadiayah, semuanya itu adalah sama iaitu dialah sebagai diri sebenar diri atau Insan atau Ruhul Hayat

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Followers