Pages

Monday, August 2, 2010

4.NUR MUHAMMAD ANALISA AKHIR

Kepercayaan dan keyakinan penuh membuatkan diri seseorang hamba Allah itu percaya kepada istilah Nur Muhammad, di sebabkan ia adalah sesuatu yang ghaib maka terlalu sukarlah manusia itu hendak mempercayainya walaupun asas keimanan itu adalah bergantung kepada yang ghaib namun mahu atau tidak mahu manusia terpaksa akur dengan keimanan kerana Allah s.w.t sentiasa menyeru kepada manusia yang berasaskan kepada seruan orang-orang yang beriman bukan kepada orang-orang islam

Orang islam tidak semestinya mereka itu beriman kerana jika setiap orang islam itu benar-benar beriman maka sudah tentulah mereka itu melaksanakan arahan daripada Allah supaya melaksanakan hukumNya kerana itulah Allah menyatakan kebanyakan mereka tidak beriman sebagaimana firmanNya

Yang bermaksud:

Sebahagian daripada mereka tidak mahu beriman malah melakukan syirik (Yusuf ayat 106)

Di dalam kehidupan manusia kadangkala manusia tertanya-tanya apakah penilaian Allah terhadap seorang manusia ? Jawapannya sangat mudah. Allah tidak memandang kepada manusia (Jasmani) tetapi Allah memandang kepada hati yang di dalamnya ada mengandungi Nur ertinya hati yang mengandungi Nur Muhammmad (cahaya yang terpuji) tersebut

Manusia hendaklah mengenali hatinya iaitu tempat telek Allah, hati bukan merupakan seketul daging, tetapi hati itu adalah Rohani (Ruhul Yaqazah) yang terdiri dari Roh,Akal dan Nafsu, memang sukar untuk mengenali Ammar Rabbi itu kecuali mempelajarinya, dan ramai telah tersalah sangka dengan istilah tersebut sehingga timbul berbagai-bagai fahaman yang membawa kepada kesesatan atau menolaknya terus

Akibatnya maka jadilah ilmu ini sebagai momokan dan di takuti oleh umat islam sendiri yang berkesudahan dengan menutup rapat istilah kerohanian dan Nur Muhammad tersebut di dalam kehidupan manusia. Di dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud:

Jadilah kamu orang Rabbani Ahlullah dengan mengajar kitab dan mempelajari kitab Al Quran (surah Al Imran 79)

Ayat yang di atas adalah suatu perintah daripada Allah jadilah kamu orang Rabbani (orang alim dalam ilmu ketuhanan) iaitu suatu kepercayaan kepada yang ghaib, ilmu yang ghaib adalah daripada Allah kerana Tuhan itu adalah yang maha ghaib. Dalam ilmu ini yang menyentuh soal ghaib iaitu tentang asmak, sifat dan dalam soal asal usul soal af'al Allah, walaupun ilmu ini tidak lagi di ajar orang, akan tetapi itulah yang di perintahkan oleh Allah kepada manusia. Rabbani itu ialah Dia yang awal, Dia yang akhir, Dia yang zahir, Dia yang batin

Jika mahu mengenal Dia, maka Dia itu Zat, maka Zat itu pula adalah Zat yang tidak berupa apa juapun (Laisa kamislihi) erinya hendak mengenal yang ghaib, maka di sana terdapat lampu merah tanda bahaya iaitu jangan ada di antara manusia yang berkira-kira mahu mengenal ZatNya maka ia adalah sangat terlarang, akan tetapi yang di perintahkan adalah tentang mengenal makhluk ciptaanNya sekalipun makhluk itu berbentuk ghaib seperti jauhal fardhi,jisim,jirim dan jauhar basit atau istilah molikul. atom,elektron,newtron proton, ion dan sebagainya

Maka di sinilah para ilmuan mengambil suatu pendekatan untuk mengenal Allah melalui mengenal asmakNya iaitu Nur untuk suatu pendekatan mengenalNya dan dengan mengenal Asmak Allahlah lahir ilmu yang di sebut sebagai sifat 20 dengan tujuan untuk mengenal Tuhan dan mengenal diri semua bentuk ilmu ini adalah berasaskan kepada yang ghaib

Cuba manusia fikirkan daripada apa nyawa mereka di jadikan oleh Allah ? Rohnya, akalnya dan nafsunya semua ini adalah makhluk Tuhan sekalipun nyawa itu bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu berbanding Zat Tuhan yang menjadikan sesuatu

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Followers